Viral Punca Peniaga Dianiaya
12:40:00 pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan orang ramai supaya lebih beretika dalam berkongsi maklumat di media sosial, terutamanya berkaitan harga barang yang menjadi viral.
Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, walaupun tiada laporan rasmi dibuat, pihaknya tetap memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang laporan berkaitan harga barang yang didedahkan. KPDNKK akan segera bertindak walaupun tiada sebarang aduan jika terdapat viral di media sosial mengenai kenaikan harga barang yang melampau. Bagaimanapun, kebanyakan kes yang diviralkan adalah tidak tepat sehingga menganiaya peniaga terlibat. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai supaya lebih beretika sebelum berkongsi apa-apa maklumat di media sosial. Pastikan maklumat tersebut sahih.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM250,000.
Sementara itu, pemilik Kemaman Kopitiam, Stanley Soon berkata, harga makanan dan minuman dikenakan di premisnya termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST). Setiap pelanggan disarankan supaya melihat menu dan harganya terlebih dahulu sebelum membuat pesanan supaya mereka mengetahui harga makanan sebelum membayarnya.-Sinar
Viral ni ada baik buruknya, tapi kalau rasa benda tu takbetul atau takpasti jangan lah tulis. Kalau nak kebenaran sekalipun boleh tanya sendiri kat orang sepatutnya ,takpasal pasal dah jadi kes aniaya.
0 ngomen
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.