SMULE MEMPOPULARKAN KHAI BAHAR

12:17:00 pm

Khai Bahar, 22 atau nama sebenarnya Muhammad Khairul menjadi semakin popular setelah video karaoke menerusi aplikasi Smule bersama duetnya Siti Nordiana telah mendapat sambutan dan perhatian oleh netizen. Nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar kini mendapat tontonan lebih satu juta sejak ia dimuat naik oleh lelaki itu di laman perkongsian video Youtube sejak 16 April lalu. Netizen turut memuji keserasian yang wujud antara mereka. Kini Khai Bahar akhirnya dilamar syarikat rakaman NAR Records.

"Sekarang ini saya sudah menjadi artis di bawah label NAR Records untuk tempoh dua tahun, manakala kerjaya sebagai seorang penyanyi di Sarawak masih lagi diteruskan atas nasihat NAR Records.“Jika diikutkan sudah lama syarikat ini mahu mengambil saya sebagai artis rakaman mereka. Namun saya masih belum bersedia pada ketika itu," katanya.

Siti Nordiana
"Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke.“Terdahulu pernah video karaoke saya menyanyikan lagu Rela Ku Pujuk dan viral di laman sosial Facebook. Tapi saya tidak menyangka bahawa video Smule duet bersama Siti Nordiana buat saya lebih dikenali ramai,” katanya lapor Media Hiburan.
Kalau korang nak tahu Khai bahar pernah mencuba nasibnya di Ujibakat Akademi Fantasia sebanyak dua kali namun tidak berjaya. Itulah yang dinamakan rezeki ada dimana-mana. Cuma kita perlu berusaha dan memberikan yang terbaik. Farrah pun ada follow dia punya akaun youtube dan juga smule. Memang suara dia boleh tahan dan macam ada iras arwah acik spin nak nak bila dia duet dengan nana! Apa apa pun semoga bertambah rezeki anda selepas ini ye Khai! All the best 
Pagi tadi ada Khai Bahar di Erafm. Johara pun dah terjebak dengan akaun smule hihi
Lucu dengar gelagat Johan Hanif dengan Ray 





You Might Also Like

3 ngomen

  1. memang best dia ni nyanyi. huda suka dengar, hehe...

    ReplyDelete
  2. x dengar lagi dia nyanyi.. nanti leh cari..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY