SUSHI BUAH-BUAHAN

12:13:00 pm





Hidangan makanan sushi di restoran kebanyakannya dihidangkan bersama ikan salmon mentah. Mengunakan tiga jenis buah-buahan iaitu buah kiwi, buah mangga dan buah naga beserta pulut nasi santan dan rumpai laut, Mohammad Khairun Nizam Mokhtar, 24 menjualnya dengan harga RM 5 sahaja yang mengandungi 6 ketul sushi dan 2 bungkus santan pekat yang berwarna hujau dan kuning.


Idea membuat sushi buah timbul sejak dia terbaca artikel mengenai risiko makan makanan mentah termasuk sushi.

“Saya seorang penggemar sushi, apa juga jenis sushi sama ada berasaskan bahan mentah atau sebaliknya saya akan makan. Jarang sekali saya menolaknya. Tapi pada suatu hari, saya terbaca mengenai bahaya makan makanan mentah termasuk sushi. Pada mulanya, saya kecewa juga dan tidak mahu percaya sepenuhnya mengenai maklumat yang disebarkan di laman sosial itu. Tapi semakin hari, hati mula rasa tak sedap, serba sedikit ‘termakan’ juga maklumat yang dipaparkan itu. Bermula dari situlah saya berfikir untuk mencipta sushi berasaskan buah bagi membolehkan saya terus makan makanan kegemaran saya ini, sekali gus komersialkannya,” katanya.

Perniagaan yang dibuat secara sambilan itu turut mendapat sokongan padu daripada isterinya, Farah Norliyana Azhar, 23, serta ibu mertua, Norhanizan Sabtu, 48, dan mereka inilah tulang belakang buat Khairun untuk meneruskan perniagaan.

MESTI RASA !


You Might Also Like

3 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY