

Ending semalam start dengan insiden Hani dan Ahnaf diculik oleh Bella tu. Korang pun tahu kan bella memang ada rancangan buruk dekat Hani dan Ahnaf. Tapi yang kelakar dan sangat drastik sampai takboleh bayang dek akal scene Bella ni siap bawa Tok Kadi punyalah nak kahwin dengan Ahnaf. Bella ugut akan mencederakan Hani jika Ahnaf tidak ikut arahan dia.
Lepastu Bella bagitahu Ahnaf tentang berita Hani yang sedang hamil anak Ahnaf yayyy!. Ahnaf pula terpaksalah bersetuju untuk bernikah dengan Bella. Nasib baik pihak polis sampai tepat pada waktunya dan berjaya menggagalkan cubaan Bella untuk nikah dengan Ahnaf dan mencederakan Hani. Alhamdulillah kedua-duanya selamat. Kemudian Hani dimasukkan ke dalam Hospital.
Time ni macam alahai melting tengok muka Ahnaf merajuk sebab kecewa dengan tindakan Hani yang tidak bagitahu tentang kehamilannya. Ahnaf menjadi sedikit dingin dengan Hani tapi tidak lama selepas itu mereka dah pun berbaik-baik semula dan meminta maaf antara satu sama lain. Ending cite ni berakhir dengan Ahnaf dan Hani berborak-borak di tepi kolam renang dan meluahkan apa yang terpendam di hati selama ini dan last sekali Ahnaf terjun dalam kolam tersebut hehehe
Korang camne suka tak dengan ending cite ni? See nampak sangat ending dia takhabis kan kan. Harap selepas ni betul lah ada Dia Semanis Honey Raya! Nak tengok Ahnaf lagi huhu
Selepas ni ada cerita baru #AssalamualaikumCinta lakonan Syahrul Ridzwan, Kamal Adli dan Emma Maembong. Shah is come back! hehe


Selepas daripada tarikh tarikh tersebut cabutan semula akan di buat.
Hantarkan detail kepada saya
Link blog:
No akaun bank:



- POPIA
- GULA ISING
- SERBUK CILI
- GARAM (secukup rasa)
- SERBUK CHEESE
- VOLCANO CILI POWDER HEXA (kalau nak pedas lebih, letaklah sesudu)
- BALANG/BEKAS KEDAP UDARA
CARA MEMASAK:
- POTONG KULIT POPIA IKUT SAIZ YANG KORANG NAK, BULAT KE, PETAK KE, PANJANG KE, BUAT BANYAK BOLEH SIKIT PUN BOLEH.
- GORENG KULIT POPIA YANG TELAH DIPOTONG MENGGUNAKAN API YANG PERLAHAN, JANGAN TERLALU KUNING SANGAT TAPI KALAU KORANG SUKA KUNING OKAY JE. LEPASTU TOSSKAN MINYAK.
- KISAR KERING : GULA ISING, SERBUK CILI, GARAM, SERBUK CHEESE DAN VOLCANO CILI POWDER.
- GAUL DAN SIMPAN DALAM BEKAS.
SELAMAT MENCUBA!
-Sumber MyMedia

Pelik tapi benar. Kerana terlalu menyayangi kucing, sepasangan pengantin dari California, telah menjemput 1100 ekor kucing pada hari perkahwinannya.
Kisah pelik ini viral di media sosial dan orang ramai menganggap perkahwinan mereka merupakan antara majlis yang paling pelik pernah berlaku, namun apa yang terjadi itulah realiti sebenar.

IPPO Hafiz tidak dinafikan adalah antara nama baharu yang sedang mewarnai industri muzik tempatan kini walaupun sudah lama bertapak dalam dunia seni. Lebih menarik, rata-rata lagu yang dicipta khas untuk dijadikan runut bunyi drama bersiri popular berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri. Biarpun namanya tidaklah sepopular karya-karya yang dihasilkan, bagi Ippo setakat ini sambutan itu sudah cukup buat dirinya bangga.
Katanya, Ada antara lagu-lagu saya dicipta khas untuk drama dan ada juga dihasilkan oleh saya sendiri berdasarkan pelbagai kisah. Saya seorang yang gemar membaca novel dan menonton drama pelbagai genre dan dari situlah pelbagai inspirasi yang saya dapat untuk hasilkan lagu. Alhamdulillah, populariti memang ada pada lagu-lagu yang saya hasilkan. Sebenarnya, itu sudah cukup buat saya bangga dan lega kerana tidak mustahil satu hari nanti, peminat lagu-lagu ini akan mengenali saya. Insya-ALLAH, saya tidak akan berputus asa untuk terus memperkenalkan diri sehingga peminat benar-benar mengenali siapa penyanyi lagu-lagu yang mereka suka.
Setiap lagu yang dihasilkan oleh Ippo Hafiz nyata berjaya memberi kesan yang mendalam sekaligus memenuhi cita rasa pendengarnya. Antara drama yang menggunakan lagunya adalah Jika Itu Bukan Takdirku, Teman Lelaki Upahan dan Cinta Si Wedding Planner.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan orang ramai supaya lebih beretika dalam berkongsi maklumat di media sosial, terutamanya berkaitan harga barang yang menjadi viral.
Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, walaupun tiada laporan rasmi dibuat, pihaknya tetap memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang laporan berkaitan harga barang yang didedahkan. KPDNKK akan segera bertindak walaupun tiada sebarang aduan jika terdapat viral di media sosial mengenai kenaikan harga barang yang melampau. Bagaimanapun, kebanyakan kes yang diviralkan adalah tidak tepat sehingga menganiaya peniaga terlibat. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai supaya lebih beretika sebelum berkongsi apa-apa maklumat di media sosial. Pastikan maklumat tersebut sahih.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM250,000.
Sementara itu, pemilik Kemaman Kopitiam, Stanley Soon berkata, harga makanan dan minuman dikenakan di premisnya termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST). Setiap pelanggan disarankan supaya melihat menu dan harganya terlebih dahulu sebelum membuat pesanan supaya mereka mengetahui harga makanan sebelum membayarnya.-Sinar
Viral ni ada baik buruknya, tapi kalau rasa benda tu takbetul atau takpasti jangan lah tulis. Kalau nak kebenaran sekalipun boleh tanya sendiri kat orang sepatutnya ,takpasal pasal dah jadi kes aniaya.


HADIAH-HADIAH YG BAKAL ANDA MENANGI :
CASH RM10 X 3 PEMENANG *RANDOMLY SELECTED*

TIDAK dinafikan kita sering kali berdoa kepada ALLAH SWT minta segala macam benda dan perkara. memang itulah tujuan ALLAH menyuruh sekalian hamba-Nya berdoa. Bahkan Nabi Muhammad SAW acap kali berdoa dan meminta kepada ALLAH ketika waktu siang atau malam, senang atau susah dan lapang atau sibuk.
Cumanya apabila Baginda SAW berdoa dan meminta kepada-Nya, Nabi SAW berdoa dengan kalimah dan perkataan yang umum. Alasannya supaya ALLAH memakbulkan doa tersebut kerana ia merangkumi setiap perkara yang dihajati tanpa dibatasi. Jika boleh, semasa berdoa kepada ALLAH gunakan lafaz yang Nabi SAW baca. Hafal doa Nabi SAW tersebut dan berdoalah dengannya.
Atas inisiatif untuk mengikuti amalan yang dilakukan Nabi SAW, pendakwah, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkongsi doa yang sering diamalkan setiap kali usai solat, doa yang bermaksud: "Ya ALLAH, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, seksa neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal." (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Macam mana saya boleh amalkan doa ini? Kerana saya pernah terbaca dalam sebuah kitab yang menerangkan bahawa Nabi SAW sering berdoa untuk minta perlindungan daripada empat perkara. Apa itu empat perkara tersebut? "Pertama, Nabi SAW minta berlindung dari azab kubur, kedua Nabi SAW minta berlindung dari azab neraka jahanam, ketiga Nabi SAW mohon berlindung dari fitnah ketika hidup dan setelah mati dan yang terakhir Nabi SAW minta berlindung dari fitnah dajjal. Sejak saya terbaca akan doa Nabi SAW ini, saya terus menghafalnya dan mengamalkannya setiap hari dalam setiap waktu solat," katanya yang telah mengamalkan doa ini lapan tahun lepas.
Menurutnya lagi, memang Nabi SAW membaca doa tersebut dalam solat Baginda SAW ketika habis membaca tahiyat akhir dan apabila difikirkan sejenak, memang dahsyat dan bagus sekali doa berlindung dari empat perkara tersebut. Kuasa memakbulkan doa adalah milik-Nya, bayangkan kalaulah ALLAH tidak memakbulkan doa kita yang lain dan Dia hanya memakbulkan doa kita dalam empat hal tersebut sahaja betapa nikmat dan beruntungnya kita dunia dan akhirat.
Ustaz Ahmad Tajuddin menyarankan kepada pembaca semua, agar rajinkan diri untuk hafal dan amalkan doa empat perkara tersebut agar kita terhindar darinya segala yang tidak elok.