Jerebu LA NINA Bakal Menyerang

3:52:00 pm

Malaysia bakal berdepan dengan Jerebu La Nina pada bulan hadapan sehingga Oktober disebabkan cuaca panas di Indonesia. Bagaimanapun Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar , Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata kemungkinan Jerebu tersebut berada di tahap sederhana kerana sama dengan tempoh berlakunya hujan.

"Berdasarkan kajian oleh Pusat Meteorologi Khad ASEAN (ASMC) di Singapura, fenomena La Nina ini mungkin menyebabkan banjir di beberapa tempat di Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Wan Junaidi juga berkata, perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Wilayah Sumatera yang ditandatangani sebelum ini tidak akan dilaksanakan, sebaliknya masalah jerebu rentas sempadan itu akan ditangani menerusi kerajaan dengan kerajaan (G2G).

 "Indonesia tidak dapat meneruskannya kerana dilihat tidak efektif disebabkan Sumatera sahaja tidak mampu menangani masalah itu, sebaliknya memerlukan kerjasama kerajaan pusat. "Justeru, satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan instrumen di bawah G2G berkenaan akan diadakan di Indonesia pada 30 Mei ini," katanya.

You Might Also Like

6 ngomen

  1. huhu, kalau betul teruk ni satu cabaran pada musim puasa la cmni..

    Jalan-jalan Sini,

    Ketahui Teknik Basis SEO site.

    ReplyDelete
  2. Allahuuu.. :( Di Pahang pulak tu..Semoge semua-nya beransur pulih seperti sediakala.."Bersyukur lah Saat Kita Diuji"..

    ReplyDelete
  3. Mudah mudahan tak teruk la... seksa mcm tahun lps. Dalam mall pun bau asap. >.<

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY