Hafidz Roshdi & Isteri Memaafkan Netizen

4:03:00 pm


Pelakon Hafidz Roshdi yang telah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri beberapa hari yang lalu, mendapat kritikan hebat oleh netizen yang ternyata patah hati melihat gambar isteri Hafidz di akaun instagram miliknya. Gara-gara perbalahan yang melibatkan Uqasha dan Hafidz baru-baru ini menyebabkan ramai peminat Uqasha tidak berpuas hati dan bertindak mengkritik wajah isteri Hafidz Roshdi di media sosial. 

Hinaan dan cacian yang dilemparkan menyebabkan rakan artis lain iaitu Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan juga Michael Ang tidak berdiam diri dan bertindak menyerang komen-komen negatif netizen yang dilemparkan kepada Hafidz dan juga isteri.


Walau bagaimanapun, Hafidz dan isteri sudah memaafkan mereka yang menghina malah menganggap perkara tersebut sebagai dugaan dan mengajar mereka untuk lebih bersabar. Menurut Hafidz, Shuhada juga mengucapkan terima kasih di atas hinaan tersebut. Hafidz juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela dia dan isteri di laman sosial.

Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, Apa yang penting saya dan isteri bahagia 


 

Sedih dengan perangai orang zaman sekarang. Dah macam tiada perasaan baik sangka dalam hati masing-masing. Dah itu jodohnya even taksuka pun korang takde hak pun nak suka ke tidak huhu Farrah doakan supaya mereka berdua dikurniakan anak anak yang comel dan hubungan suami isterikekal hingga ke jannah


You Might Also Like

3 ngomen

  1. tu la masalah manusia, suka sangat dengki hati, suka sangat nak jeles dengan org yg bahagia :/
    I love seeing them together tho, moga kekal till jannah! :)

    ReplyDelete
  2. tu la masalah manusia, suka sangat dengki hati, suka sangat nak jeles dengan org yg bahagia :/
    I love seeing them together tho, moga kekal till jannah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dorang rasa dorang lagi layak dapat kot 😂 inshaAllah aaaminnnn

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY