Laksa ABC Rm1, Hanya di gerai Kak Na!
11:51:00 am
Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya yang popular dengan nama Kak Na dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini telah menjadi viral dalam kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk.
Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na. Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan.
Pemilik gerai, Mazlina Md Hashim, 32, berkata terdapat pelanggan yang memesan dua atau tiga mangkuk makanan untuk memenuhi selera mereka. Mazlina berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu mendapat sedikit keuntungan daripada perniagaannya.
"Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya.
"Jawapan saya sentiasa sama 'supaya semua orang mampu'.
"Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira," katanya ketika ditemui di kedainya, Sabtu.
Mazlina berkata, dia berhenti kerja di kilang sembilan tahun lalu sebelum mengambil alih perniagaan ini daripada ibunya.
Gerainya, yang dibuka dari tengah hari hingga 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai pelanggan, khususnya pelajar dari dua kolej berdekatan.
"Kami datang ke sini setiap kali selepas perlawanan badminton mingguan. Makanannya bukan sahaja murah, malah sangat memuaskan. Kadang-kadang kami rasa harganya terlalu murah dibandingkan dengan hidangannya yang banyak.
"Sebagai contoh, ais kacangnya yang besar banyak bahan-bahan," kata salah seorang pelanggan tetap Kak Na, Osman Mat Nayan, 29.
SEMOGA REZEKI KAK NA MURAH SELEPAS INI. AAAMINNN
2 ngomen
Wahhhhh!!!!!!!!
ReplyDeleteade lg orang yang baik hati cm nih. kebanyakkan meniaga nak untung je lebih.
ReplyDeleteBTW, jemput singgah blog mek plak :)
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.