Mahalnya HARUM MANIS!
4:39:00 pm
Memetik laporan Sinar Harian hari ini,menyatakan bahawa harga mangga harumanis pada tahun ini paling tinggi pernah dijual berbanding musim sebelumnya.
Menurut seorang penjual harumanis, Halijah Bi Ibramsa, 58, berkata, "Saya tak ada ladang, semua buah yang saya jual saya ambil dari ladang orang dan harga yang saya tetapkan memang agak mahal tapi ia bergantung pada kos pembelian saya dari ladang dan juga jenis harumanis. Saya pun bukan sengaja nak letak mahal, ini pun saya ambil untung RM5 saja sebab saya ambil dari ladang sekilo RM45 ,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi dunia perniagaan harumanis ketika ditemui Sinar Harian di gerai jualannya di Kuala Perlis.
Sementara itu, memetik laporan China Press menyatakan harga durian Musang King jatuh kepada RM35 kerana penawaran lebih banyak daripada permintaan."Minggu lalu Musang King sekilo RM60 minggu ini ia turun menjadi RM35, buah banyak menjadi antara punca harga turun," jelas seorang peniaga durian Musang King yang menjalankan perniagaan menjual durian tersebut di Betong, Pahang. Musang King mengeluarkan hasil dua kali setahun.
0 ngomen
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.