Segmen Zaman Sekolah by Numigx

4:29:00 pm


Thanks Nab tag akak ! Meh dengar zaman sekolah farrah pulak. Actually nak cerita sambil upload gamba zaman sekolah tapi tak ada lah pula kat facebook. Dah buang rupanya. Zaman sekolah tadika dan rendah memang tak ingat dah. Taktahu kenapa memori dia macam dah hilang sikit. Huwarghhh. Farrah cerita mana yang ingat jelah ye?

Tadika Kemas Peramu Jaya 3 :
Farrah masuk tadika dari umur 4tahun, Masa kecik kecik farrah dah de boifren tahu yakni first love huhu Farrah dan adik beza setahun so kami memang macam belangkas kemana sahaja berdua. Masa tadika kitaorang dah bawa basikal pergi sekolah reramai dengan kawan-kawan. Seketul farrah masa tu seorang freehair dan comot + tembam hehe

SK Peramu Jaya :
Yang farrah ingat seorang pengawas. Sangat aktif sukan dalam acara olahraga bawa nama sekolah pergi MSSD je mampu hehe  Bukan budak jahat tapi agak nakal sebab time puasa darjah 6 kot , dengan geng tak puasa bila waktu rehat kami keluar dari sekolah pergi kedai runcit depan beli makanan huhu Sebab takboleh tapau kat kantin lah kami pergi beli makanan kat luar. Lepastu makan kat taman sains hihi Bab denda pula banyak peristiwa yang akan ingat! Lepas exam, Math takdapat markah C ke atas kena makan telur mentah. Sains sama juga kena denda bawa kerusi tawaf satu sekolah dari Tingkat 1 sampai 4. Taksiap kerja sekolah waktu BM Penulisan rasanya kena jalan itik dari kelas ke kelas. Ya Allah harap je kelas depan tapi masing masing perangai boleh tahan teruknya huhu Masa ni dah putus dengan boifren pertama sebab pindah rumah haha

SMK Pandan :
Seorang pengawas , aktif sukan juga kat sekolah tapi advance sikit sampai 4 ke 5 game juga pergi wakil MSSD. Bukan setakat sukan, unit beruniform pun aktif. Sangat dikenali oleh cikgu-cikgu sebab apa apa majlis kat sekolah farrah lah tukang buat persembahan huhu Nakal tahap maksima, time puasa gak kantoi makan dalam kelas. Kena gantung kad kat leher sambil tawaf satu sekolah " SAYA TAK PUASA" tpi tu masa form 2. Lepastu dah tak ada buat nakal sampai lah habis Form 5. Katsini juga farrah bercinta dengan bakal suami. Doa doakan hubungan 7 tahun 9 bulan ni ke jinjang pelamin. Aaaaminn 

Bila dah masuk IPT serious rindu zaman sekolah. Sebab kita akan kawan dengan semorang dan tiada siapa yang kenal erti tikam belakang kawan. 

Farrah tag semua yang tengah baca ni 


You Might Also Like

0 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY