Jambatan Tertinggi Di Dunia!

11:18:00 am


Jambatan Millau (Bahasa Perancis: le Viaduc de Millau) adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis. Projek pembinaan jambatan ini dirancang bina (direka) oleh seorang juruteknik jambatan Perancis Michel Virlogeux dengan kerjasama bersama arkitek Britain, Lord Foster, Millau merupakan jambatan "vehicular" tertinggi di dunia, dengan puncak menaranya yang berketinggian 341 meter (1.118 kaki); tinggi sedikit dari Menara Eiffel dan hanya 40 m (132 kaki) lebih pendek dari Bangunan Empire State. Millau telah dibuka secara rasmi pada tanggal 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Disember 2004.


Sebelum jambatan ini dibina, pengguna yang menggunakan jalan daripada Sepanyol ke Paris terpaksa mengharungi kesesakan trafik di kawasan Lembah Tarn berdekatan bandar Millau yang sering berlaku terutamanya pada cuti musim panas. Disebabkan perkara ini, rancangan untuk membina jambatan dimulakan.


Mempunyai ketinggian 343 meter, panjang 2,460m dan bidang panjang 342 m, Jambatan Millau Viaduct telah menjadi jambatan tertinggi di dunia.




You Might Also Like

1 ngomen

  1. sebelum ada jambatan, tentu diorg terpaksa meredah bukit2 kan...jimat masa perjalanan..pemandangan pun cantik....nice sharing Farrah..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY