HABIS DAH DIA SEMANIS HONEY

9:05:00 am



Siapa team ahnaf angkat tangan sini? hehe kita geng! Finally cerita Dia Semanis Honey sudah pun tamat malam semalam ! Amacam? Korang suka ke tidak ending dia? hihi bagi farrah sedih sebab dah takboleh tengok ahnaf dah huhu okay mana yang tidak sempat tengok semalam tu ni farrah cerita sikit.


Ending semalam start dengan insiden Hani dan Ahnaf diculik oleh Bella tu. Korang pun tahu kan bella memang ada rancangan buruk dekat Hani dan Ahnaf. Tapi yang kelakar dan sangat drastik sampai takboleh bayang dek akal scene Bella ni siap bawa Tok Kadi punyalah nak kahwin dengan Ahnaf. Bella ugut akan mencederakan Hani jika Ahnaf tidak ikut arahan dia.

Lepastu Bella bagitahu Ahnaf tentang berita Hani yang sedang hamil anak Ahnaf yayyy!. Ahnaf pula terpaksalah bersetuju untuk bernikah dengan Bella. Nasib baik pihak polis sampai tepat pada waktunya dan berjaya menggagalkan cubaan Bella untuk nikah dengan Ahnaf dan mencederakan Hani. Alhamdulillah kedua-duanya selamat. Kemudian Hani dimasukkan ke dalam Hospital. 

Time ni macam alahai melting tengok muka Ahnaf merajuk sebab kecewa dengan tindakan Hani yang tidak bagitahu tentang kehamilannya. Ahnaf menjadi sedikit dingin dengan Hani tapi tidak lama selepas itu mereka dah pun berbaik-baik semula dan meminta maaf antara satu sama lain. Ending cite ni berakhir dengan Ahnaf dan Hani berborak-borak di tepi kolam renang dan meluahkan apa yang terpendam di hati selama ini dan last sekali Ahnaf terjun dalam kolam tersebut hehehe 

Korang camne suka tak dengan ending cite ni? See nampak sangat ending dia takhabis kan kan. Harap selepas ni betul lah ada Dia Semanis Honey Raya! Nak tengok Ahnaf lagi huhu

Selepas ni ada cerita baru #AssalamualaikumCinta lakonan Syahrul Ridzwan, Kamal Adli dan Emma Maembong. Shah is come back! hehe

You Might Also Like

1 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY