Moh ke Kuantan!

10:46:00 am


Baru ni dapat call dari kawan program dedulu time belajar kat PSIS. Dia ni orang utara so nak mai kuantan minggu depan. Tanya lah datang nak buat apa dengan siapa semuaa kann mana lah tahu boleh lepak sekali kee alek alek siap kena perli lagi "kau kerja polis dah ke sekarang ni farrah oii" hehe oppss terbanyak tanya pulak ! sorry lah geng. Jadi dia datang dengan family nak bercuti ambil angin sambil berkenduri rupanya. Tapi kenduri tu kat pekan gigih nak duduk kuantan hahaha Soalan dia yang terakhir dia tanya "farrah kat Kuantan apa best?" Farrah cakap "best ada aku lah ! ahaha" saje je buat lawak dengan dia, dah lama tak jumpa kannn. 3 taun kot dah berlalu hahaha

Apa yang best kat kuantan? Jum farrah cerita 

1. TELUK CEMPEDAK a.k.a TC

TC ni tempat lepak nak rasa angin pantai ke boleh laa datang sini. Kat TC ni bukan ada pantai je yang korang boleh mandi yang boleh korang buat fotoshoot tapi ada juga tempat untuk shopping ! hehe katsini korang boleh beli baju I LOVE KUANTAN buat kenangan, selain tu de lah juga pakaian,kasut,cermin mata,topi,beg ! Kat sini juga kalau hujung minggu memang ramai orang. Kalau takde event mesti ada live band perform, bebudak main kasut roda takpun de lah abam abam street workout kat pantai tu. Ohh katsitu juga ada taman mini untuk kanak-kanak taw ! Mana yang ada anak tu boleh lah bawak dorang main belon ke kereta api ke okay Selain TC banyak lagi pantai kalau korang nak pi iaitu Taman gelora, Pantai Cherating, Pantai Batu Hitam, Pantai Beserah.




2. Tanjung Lumpur a.k.a Syurga Makanan Seafood

Korang memang gila seafood? Hishhh memang rugi kalau tak datang Tg.Lumpur ni bila dah mai kuantan. Dikenali syurga makanan seafood sebab sepanjang jalan kat Tg Lumpur ni berderet kedai/restoren yang ada seafood fresh fresh!  Paling femes restoren ikan bakar kat kuantan ni adalah Ana Ikan Bakar Petai. Bukan orang kuantan lah kalau taktahu or takpernah dengar nama Ana Ikan Bakar Petai ni. Apa yang bestnya kat Ana Ikan Bakar ni adalah Ikan Bakar Masak Petai ! Takkisah lah korang nak makan ikan apa semua sedap ! nak nak kuah sambal dia ! Padu beb ! Nanti datang kuantan pergi try taw. Kalau korang nak walk in takut penuh sebab sini memang tak pernah takde orang datang even 10 malam pun masih ada lagi orang datang nak makan haa better buat tempahan dulu okay. Lagi tempat makan bukan seafood pun ada korang boleh try pergi Mint Kuantan, Burgerak, Jaman Tory, Lilawadi, Kulacakes, Boca.




3. Gambang Waterpark 

Kuantan bukan lopek sangat okay tak ada waterpark hihi mestilah ada. Takpuas main air kat pantai nahh pergi BUKIT GAMBANG RESORT CITY dan rasai sendiri keseronokkan ber waterpark yang pernah di iktiraf sebagai BEST LARGE WATER PARK IN MALAYSIA 2011. Sini bukan setakat kanak-kanak je seronok semua golongan & lapisan umur boleh seronok main air kat sini hee Katsini ada COCOBEACH iaitu pantai tiruan yang mempunyai ombak, PENGUIN ISLAND permainann kanak-kanak dan kolam untuk orang dewasa & TREE TOP HILLS SLIDE ada 5 jenis slider untuk korang cuba !! :D



4. Bukit Safari

Nak rasa jadi Mowgli dalam The Jungle Book , meh pergi Bukit Safari ni boleh tengok macam macam haiwan Afrika, Arab dan Asia ada. Kat bukit safari ni ada Samba Hill Plaza,tempat korang makan makan sambil tengok singa putih. Lepastu ada Foreign Village & Forest Land,katsini boleh tengok haiwan geli sampai yg ganas hehe then Wild Savannah pulak boleh tengok haiwan liar yang bebas. Korang pernah tak tengok kat tv ada red indian yang sembur api tu, haa kann sini ada taw ! Ada 3 pertunjukkan khas untuk korang yang pergi sini. Okay untuk siang hari ada teater terbuka:persembahan haiwan macam monyet siamang dan burung. Malam sikit ada ada teater Lost Jungle pulak macam korang tengok cerita tarzan tuu lah. Siap ada sound system dgn lightening menarik! dan penutupnyaaa ada lah persembahan api dari abam abam safari yang berpakaian dan menari macam orang Red Indian. 


5. Pandan Waterfall

Siapa sini minat outdoor aktiviti? Angkat tangan !!! Sep sikit dgn kita hehe ni yang farrah tahu dan farrah dah pernah pergi dan farrah rasa korang pun patut pegi katsini. Dalam gambar tu Pandan waterfall, tempat mandi manda untuk keluarga dan rakan-rakan. Picnic pun boleh. Air katsini takdelah dalam sangat so memang sesuai lah nak bawa anak kecik mandi sini sambil bau hutan kann. Pandan waterfall ni ada orang jaga so ada waktu yang korang boleh masuk dan tak. Yang farrah tahu rabu takboleh sebab dorang buat kerja penyelengaraan dan hari lain dari pagi sampai petang. Sini takboleh berkhemah. Kalau korang nak berkhemah farrah cadangkan pergi Bukit Kelah ! tapi situ taksesuai untuk bawa budak kecil. Situ utk orang yg suka adventure. Tapi view dia lagi ohhsem dari pandan waterfall ni hahaha nak cuba sukan  air yg extreme leh datang Bukit Kelah. Kunatan ada lagi satu air terjun juga namanya Air Terjun Pelangi, tapi farrah takpasti tempat tu okay ke tak untuk bawa budak kecik. Situ selalu nya orang yg baru habis hiking yang akan pergi.  Sebelum nak pergi korang kenalah tahu dulu eh tahap secure sesuatu air terjun ni.



6. Bukit Panorama

Ada ke katsini yang suka hunter & tangkap gambar / menikmati matahari terbit? Datanglah sini korang!! Mesti puas hati walaupun penat namatey hahaha katsini weekend memang penuh dgn orang so kalau korang nak naik dalam pukul 4 pagi pun boleh. Sejuk dia memang segar dan yang penting takde nyamuk ! huhu tapi sini fitness kena ada lah takut nanti taksampai puncak hee Selain panorama , kuantan ada satu lagi tempat yg korang boleh hiking iaitu Bukit Pelindung. Sini siang siang pun okay nak naik.



7. 3D Gallery

Kuantan pun boleh korang nak fotoshoot ber 3D. Ramai yang taktahuuu hahaha farrah pun baru tahu and takpasti bila sebenarnya dia bukak. Tempat ni kat Sungai Lembing. Kat Sungai Lembing ni bukan ada 3D gallery ni sahaja ada juga macam tempat yang boleh satu keluarga datang melawat. Macam muzium, jambatan gantung, bird watching dll.

Kalau nak tahu apa lagi menarik kat Kuantan boleh > KLIK SINI <

You Might Also Like

4 ngomen

  1. Tak pernah lagi round betul-betul bila datang kuantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau datang lagi pergi tempat ni taw umie ;)

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY