TIPS LUASKAN REZEKI CARA MUDAH

11:53:00 am

Hi ! korang sihat? korang dah siap siap nak pergi makan tengahari ke tu? hehe 
Jap jap sebelum tu nahh nak share sikit cara mudah untuk kita semua dapat pahala sambil beri orang rezeki. Simple je 

 Letakkan makanan kucing dan secawan air di luar rumah untuk kucing kucing yang datang


 Asingkan gaji untuk disumbangkan kepada anak yatim. Takbanyak pun takpe 


 Sentiasa sediakan wang kecil untuk yang memerlukan. Macam pakcik makcik atau anak anak minta sedekah ataupun tabung masjid 


 Letakkan di bilik sebuah kotak/tabung. Setiap melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap sebulan sedekah kepada wang itu kepada masjid 


 Belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang yang memerlukan macam orang tua, orang sakit, kanak-kanak atau sesiapa sahaja 


 Jika beli barang dari peniaga peniaga kecil: keep the change/biarkan baki wang itu sedekah 


 InshaAllah akan sentiasa ada rezeki lain. Bukan hanya rezeki wang, dikurniakan kesihatan yang baik juga itu rezeki 

You Might Also Like

0 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY