Belanja makan RM6, cukup atau tidak?

5:14:00 pm

Baru baru ni dah jadi isu/viral pasal artikel di Utusan Malaysia yang mengatakan zaman sekarang belanja makan terutamanya pelajar IPT dengan RM 6 cukup untuk satu hari. Di twitter ramai yang membahaskan isu ni mengatakan belanja makan RM6 satu hari tidak cukup untuk seorang pelajar. Adakah artikel ini wujud pada zaman Mesolitik tapi baru diterbitkan pada tahun ini? Dan persoalan dari ayat "set bujang yang berharga RM3.50 berlauk ayam & sayur" dikira murah tetapi wujud ke? Kalau belajar di kawasan bandar, RM 6 dapat menampung makan satu hari?

 




Farrah pun pernah menjadi pelajar dan kedudukan IPTA jauh di pelusuk kampung yang tempat makanan sedap berada di pekan dan perjalanan nya amat jauh sampai memakan masa 1 jam untuk sampai ke destinasi. Bagi farrah RM 6 memang cukup kalau makan nasi hanya sekali even Sabak Bernam nasi bujang tak semewah kat UPSI hanya dapat nasi sup dan telur, alhamdulillah syukur lah kann. Nak tanya tahan ke perut kita kalau hanya sekali sahaja ambil nasi tengahari? Pagi dan malam? HAHAHA nak nak perut yang tong besar cam farrah ni mau dua kali sehari ke ada nasi. Kalau korang dapat belanja dengan RM 6,nasi bujang dah RM3.50 so tinggal lagi RM2.50 apa korang nak beli untuk makan malam pulak? Kalau farrah pakat dengan roomate kongsi beli lauk. Nasi RM 1 lagi RM1.50 tu dapatlah kuah sahaja + ikan goreng.

Syukur sangat dapat belajar kat pedalaman , belanja pun takbanyak. Nafsu pun tak ada huhu sekarang dah masuk zaman bekerja nak balik rumah takde transport. Dengan RM6 pun dapat makan tengahari je. Pagi dengan malam masak/bekal dari rumah je hehe

You Might Also Like

4 ngomen

  1. RM6 utk satu hari kalau sy dulu mmg tak cukup kak. Pernah aplikasikan. Sbb ada jual mee sup kat kolej dulu rm3 jaa kalau mee sup daging. kalau mee sup ayam rm4. kalau nak jimat beli dua mee sup daging bungkus utk tengahari dgn malam. breakfast mmg takleyh makan lah kalau nak survive rm6 je sehari. air pulak masak air pakai cerek elektrik je kat hostel. hahaha. kalau betul nak ikutkan tekak ni breakfast jaa dah dekat rm5 campur air. tengahari dgn malam lagi. mee sup daging pun dah jadi rm4 kini. hahaha. barang semua naik harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee mana kenyang rai. Kena nasi juga satu hari kann. Bestlah de cerek. Boleh beli ais pastu buat je air apa apa. tapi kalau ikut tekak nak je makan sehari 3 kali :D

      Delete
  2. Masa belajar dekat kelantan duli, makanan murah tapi nafsu makan macam hantu. Selalu belanja RM 10 Sehari. Nasi RM 3 - RM 5 sekali makan. Cuma masa hujung hujung belajar, zaman gst, maka makanan naik harga. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman gst ni nak makan kena kira dulu cukup ke tak huhu

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY