TAHNIAH Hazim Aiman !
4:29:00 pmMembolehkan pelajar untuk membangunkan dan mengasah kreativiti dan inovasi mereka melalui persaingan, inovasi dan kreativiti di samping memupuk budaya inovasi yang berdaya saing dan mampan di kalangan pelajar. Memupuk keupayaan untuk bekerja dalam satu pasukan. Platform terbaik untuk pelajar terutama kepada warga UMP berkongsi idea dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan dan inovasi kepada saluran yang lebih tinggi. Menawarkan peluang kepada semua pelajar untuk membangunkan minda kreatif yang lebih diperlukan semasa era pembangunan yang pesat ini, secara tidak langsung, yang terdiri daripada pelbagai bidang latar belakang pelajar dan pendidikan adalah seorang pemain dunia yang besar di dalam dan di luar negara.
KUANTAN - Penyelidikan tranformasi cengkerang untuk mempercepatkan pertumbuhan semula tulang membawa tuah kepada pelajar tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Kimia Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila merangkul hadiah utama International Festival Innovation On Green Technology (i-FINOG 2016).
Muhammad Hazim Aiman Zainal Abiddin yang mempertaruhkan hasil penyelidikan bertajuk Waste of Health: Transformation of Cockle Shell Into Hydroxyapatite for Bone Regeneration berjaya mengetepikan 200 peserta lain di Kompleks Sukan UMP Gambang.Tempat kedua dimenangi pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Nuramirah Mohd Khair melalui penyelidikan Real Solder.
Manakala pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Mentakab, J Darshana merangkul tempat ketiga dengan peneyelidikan bertajuk An Innovatively Design CalorimetreWith Waste Materials.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Professor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, i-FINOG 2016 merupakan landasan mencungkil bakat pelajar dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta mempertingkatkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang melalui penghasilan produk teknologi hijau.Menurutnya, UMP buat julung kali menganjurkan pertandingan tersebut dengan 17 penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah, 32 pelajar sekolah menengah, 85 pelajar UMP dan 36 IPT lain.
“Lebih menarik pertandingan kali ini turut disertai 13 penyertaan dari luar negara termasuk Korea dan Indonesia.
“Usaha ini dapat menzahirkan graduan holistik yang relevan dengan keperluan masyarakat ydengan membudayakan teknologi dan keusahawanan melalui ekosistem universiti dinamik selaras Pelan Strategik UMP 2016-2020,” katanya.
Perasmian penutup festival disempurnakan Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak.
-SinarHarian
1 ngomen
Tahniah bro...
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.