REVIEW : GANTUNG by NADIA KHAN

3:29:00 pm


Minggu lepas farrah ada beli buku fixi dari ex polimate
hahaha banyak tak? ni nama nya self reward bekerja penat lelah untuk bulan lepas hehe
Buku pertama farrah baca adalah gantung ! Memandangkan farrah dah baca KELABU dari Nadia Khan memang expect cerita ni lagi terbaik dari kelabu. Sebab KELABU lah farrah mula jinak dengan FIXI . Percaya tak? hehe  

GANTUNG

Mula mula buka cerita ni memang farrah dah suka, sebab karekter budak sekolah. Ohhmaigadd I kenot move on zaman sekolah yang best tu 

Muskeeter Code yang tercipta dari 4 jejaka hot sekolah tu iaitu *dalambayanganimaginasi Gibbs (TeoJames) , Ray (Scott Caan) , KJ (susahnakbayangsiapasofarrahbuatimaginasisendiri) ,Troll (Thomas Sangster *mesti hot) dah membuatkan Deepa yang creepy tu (Girl dalamQuantico) bunuh diri & Fara (Ofcourselahdirisendirihmhm jangankecam) terlalu menjaga hati si boifren yang dah mati.

Mula-mula cerita ni best sebab keluar perangai gila-gila time sekolah. Betullah tu time sekolah je boleh jadi cool. Bila dah masuk U takde nya nak buat perangai macam budak sekolah kann? Lepas bab ke satu bab dah start meremang bulu roma, cerita hantu mula menguasai fikiran dan imaginasi pun melampau lampau. Nasib takjadi pape hahaha risau kena kacau pulak.

Timbul pulak watak Jeremy & Lina yang buat farrah pening tapi takpuas hati siapa pulak dua orang ni nak tahu gak apa kisah dorang. Lepastu ada pulak nama Khalil dengan Cikgu dah fikir Cikgu tu mesti fara tapi Khalil ni siapa. Bukan KJ takkan Gibbs. HAHAHA sebab tau nak tahu siapa dorang ni baca lagi dan lagi.

Part akhir dia sedih ehh part akhir dah ke? akhirlah okay malas nak review pepanjang nanti takbest pulak korang dah tahu cerita dia HAHA sedih sangat! sebab dah tahu perkara sebenarnya even belum ending ! aku dah dapat agak apa terjadi. Sayangnya Fara kat Gibbs sampai taksanggup nak bagitahu apa yang terjadi then Ray a.k.a Khalil yang takut sebenarnya + taksanggup juga nak hadap 2 buddy dorang yang dah mati tu. Kebenaran memang pahit tapi Jeremy & Lina telah pun berjaya melakonkan pementasan bagi Gibbs & KJ sedar apa yang terjadi. 

Ending berjaya buat airmata jatuh weh ! 
&
GANTUNG tu sendiri bagi dua makna pada pandangan farrah la
 Deepa gantung bunuh diri
 Gibbs & KJ gantung diri dorang dari pergi ke alam lain sebab jiwa dorang masih ada.

TAHNIAH NADIA KHAN ! 
FARRAH KASI 

You Might Also Like

6 ngomen

  1. Sy pun dah baca Gantung. Serius best sangat! Tak expect pun dia boleh taktau dia dah mati sebenarnya. Rupanya saling berkait jee cerita hahaha. Mmg terbaik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn lepastu boleh pulak bgurau macam takmati lagi eeiii rasa scary tapi rasa sedih pun ada gak huhu

      Delete
  2. sy start kumpul buku fixi ni lepas baca buku gantung ni lah hahaha dah banyak dah buku fixi yg dibaca setakat ni tapi tak dpt nak lawan cerita gantung ni lah. hebat ar penulis dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh banyak lahhh buku fixi ek? Eiii bestnya!!

      Delete
  3. Dah ada dah buku ni. Belum baca lagi :)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive

BLOGGER'S FAMILY