VIRAL TREND CIUM KETIAK BOIFREN!
11:02:00 am
Katanya : Mencium ketiak teman lelaki menjamin perjalanan manis menuju ‘relationship goal‘ yang bawa ke syurga.
KKKK JAP JAP KASI HAKAK MUNTAH JAPP
Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan darah haid bagi kaum wanita.
Dalam uji kaji tersebut, bau semula jadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu ialah bau peluh lelaki.
Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil.
Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ? – Sumber
4 ngomen
Hahaha. . tak boleh blah punya kajian.. Semalam ada jgk bising pasal bnda nih dlm group whatsapp.
ReplyDeleteHAhaha banyak lagi benda yang boleh hilangkan stress kann kimchaa :D
DeleteAssalamualaikum. Ewww gelinya. Tak ada kerja lain yg senonoh agaknya. Nak cium diri sendiri punya pun tak sanggup, inikan orang lain punya. Hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum. Ewww gelinya. Tak ada kerja lain yg senonoh agaknya. Nak cium diri sendiri punya pun tak sanggup, inikan orang lain punya. Hahaha
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.