TABIAT GIGIT KUKU ?

10:58:00 am


Suka gigit kuku ni merupakan satu tabiat yang susah nak berhenti. Kita boleh tahu seseorang tu suka gigit kuku ke tak berdasarkan keadaan kuku mereka. Percaya tak?


lawa ke kuku bila jadi camni?


Adakah anda termasuk dalam golongan yang suka ggit kuku? 

Gigit kuku adalah salah satu kebiasaan tanpa sedar yang sering dilakukan. Kebiasaan orang yang suka gigit kuku atau dalam bahasa medis dikenali sebagai Onychophagia, berlaku ketika seseorang merasa tegang, panik, bosan dan ketakutan.


5 PERKARA TENTANG TABIAT INI :


1. Tabiat gigit kuku ni disebabkan oleh kebosanan, keletihan, atau mereka inginkan keselesaan

2. Salah satu cara untuk hilangkan stress

3. Ada kajian yang mengatakan mereka yang suka gigit kuku ni seorang yang perfectionist

4. 45% tabiat ni terjadi kepada mereka yang masih remaja

5. Ada cara untuk hilangkan tabiat ni contohnya lakukan senaman atau bagi reward pada diri sendiri bila berjaya hentikan tabiat ni

5 CARA HENTIKAN TABIAT INI :


1. Niat untuk berhenti

2. Jika gigit kuku adalah pendorong ketika anda stress , hindar dari mengalami stress. Jika bosan buat aktiviti yang tidak duduk sahaja begitulah seterusnya

3. Melakukan sesuatu perkara yang boleh jari tetap bergerak contoh menulis

4. Jaga dan rawat kuku dengan baik. Manicure supaya bila nampak kuku jadi bersih dan rapi akan buat anda sayang untuk merosakkannya.

5. Potong kuku supaya anda tiada kuku untuk digigit

sayangi KUKU anda 

You Might Also Like

1 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY