5 KEGUNAAN GEL SILICA

2:14:00 pm

TAHUKAN ANDA? 




Bungkusan kecil yang mengandungi gel silika ini sering kali dibuang tanpa anda ketahui apakah fungsi ia sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, bahan yang terdapat pada gel silika ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda tidak membuang paket gel silika yang terdapat di dalam kotak kasut, beg baru, dan juga di dalam botol vitamin anda tu.

Antaranya kegunaan gel silika yang anda tahu ialah:

1. Gel silika ini mampu menghilangkan bau hapak yang terdapat di dalam beg gym anda dan juga rak kasut anda.

2. Selamatkan telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam di dalam air dengan meletakkan di dalam bekas yang dipenuhi gel silika.

3. Meletakkan paket gel silika di dalam kotak yang terdapat gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat-lekat.

4. Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silika kerana ia bolej mengelakkan pisau cukur tersebut dari cepat berkarat

5. Sekiranya bedak asas anda menjadi keras ataupun kandungannya tak macam anda beli mula-mula dulu, apa kataletakkan satu bungkus gel silika atau lebih di dalam beg make-up anda. Tip ini pasti membantu!

You Might Also Like

5 ngomen

  1. Nice info.. baru tau..
    lepas nie nak simpan lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. benda ni jugak blh guna kat almari perhiasan untuk mengelakkan habuk.. hihihihihihi.. Salam Bw.. yang awak share baru tahu, kite tahu blh elak habuk je..

    ReplyDelete
  3. nice sharing sis... baru tahu penggunaan silika ni... thanks

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY