First Giveaway by Anis Khalilah

1:23:00 pm


>klik banner if nak join<

 http://akhalilah.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

Farrah dengan ibu memang tak sekepala asyik bergaduh je nak nak bila dah besar ni dua dua keras kepala. Tapi farrah anak sulung dan paling manja dengan ibu haha pelik kan? Itulah hakikatnya. Gaduh mulut je biasalah anak ibu. Kami ada tiga beranak je , ibu, farrah anak sulung dan adik anak bongsu. Hidup kitaorang ni lah bertiga dari farrah umur tiga tahun sampai lah 23 tahun. Alhamdulillah tahun ni ibu sudah pun bernikah baru. Cerita pasal ibu ni memang banyak jasa dia, perit nya dia menangung kami dari 20 tahun sebagai ibu tunggal, dari kami tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah seterusnya sambung belajar ke ipt. Hanya Allah je tahu macam mana ibu survive jaga kami dua adik beradik. Kerja ibu biasa je. Tempat tinggal kami hanya sewaan 1 bilik je. Makan dalam tu buat kerja dalam tu tidur pun dalam tu. Bila ingat sumpah sedih. Bila cerita hidup 20 tahun dahulu sangat berbeza dengan apa yang dapat sekarang. Alhamdulillah sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Sekarang kalau gaduh mesti minta maaf cecepat, takut sangat ibu pergi taksempat nak balas jasa. Sebab tu preparation nak kahwin ni walaupun bukan 100% yang ibu nak tapi ibu sangat bertolak ansur dan sokong. Farrah pun nak dia ada dalam setiap keputusan untuk preparation majlis. Mesti ibu sedih anak sulung dia nak kahwin , InshaAllah along dapat suami yang memahami, nanti along balik duduk dengan ibu sekali sekala. Sayangi ibu anda sebelum terlambat. Jaga hati dia. Walau macam mana teruknya dia dahulu abaikan sebab dia adalah ibu kita. Syurga di telapaknya 

You Might Also Like

3 ngomen

  1. Lawak.. Macam mana tu? Tak sekepala tapi manja? So sweet. Hee. Tapi walau macam mana pun, ibu tetap segalanyaa kan? Gaduh mulut.. biaso la tu. Hee. Tengok awaaa membesar dengan jayanya.. Sampai ke ipt.. Bermakna ibu redha awaa.. Ibu redha bermakna Allah pun redha tau. Btw thanks awaa join anis.. InsyaAllah, mudah mudahan rezeki awaa tercipta di sini,, cewaahhhh. Hahaha. Good luck ea.. Dan selamat ber preparation.. jangan stress stress ^^

    ReplyDelete
  2. yep, betul. mek pun gaduh gak dengan mummy mek tp end of time, rujuk dia gakk. kan, power of mummy. lg2 lepas ade anak ni, mmg rase sgt pngorbanan ibu tu cam mane :)

    ReplyDelete
  3. SINGGAH

    https://belogcontests.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY