Jenazah tiga sekeluarga dikebumi satu liang lahad

2:00:00 pm




Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Lebih 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan orang ramai hadir pada upacara pengebumian jenazah pasangan suami isteri, Hassan A.Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22.

Turut hadir Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Muhammad; Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri itu.

Suasana pilu menyelubungi mereka yang berada di tanah perkuburan itu yang ketika itu hujan lebat.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim di sini dari Hospital Melaka untuk disembahyangkan kira-kira 10.30 pagi diimamkan oleh imam masjid berkenaan Rashid Mohd Yusof.

Tiga sekeluarga itu dibunuh dalam kejadian di Kampung Bertam Malim di sini kira-kira 6.30 pagi semalam dan suspek telah ditahan polis di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi semalam.
Dua lagi anak pasangan itu, Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, turut cedera parah dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Melaka. - Bernama


AL-FATIHAH

You Might Also Like

2 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY