KIMCY RAYA ASING TAHUN NI!

10:30:00 am


-Sumber Hmetro


Menyambut bulan Ramadan sebagai pasangan suami isteri adalah perkara baru buat pasangan Akim dan Stacy tambahan pula Stacy merupakan saudara baru. Mesti banyak pengalaman manis dan perkara baru yang dipelajari Stacy. 

Lebih bermakna Akim yang juga vokalis Akim & The Majistret akan menunaikan umrah bersama anggota kumpulan itu pada 22 Jun sehingga 4 Julai ini.

“Sebelum ini saya pernah ke Makkah bersama ibu bapa, tetapi tahun ini saya pergi dengan anggota Kumpulan Majistret pula. Insya-Allah kami akan ke sana selama dua minggu.

“Sudah lama kami niat mahu ke sana memandangkan rezeki sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini tidak pernah putus. Lagipun, kami mahu keberkatan bulan mulia ini,” katanya.

Walaupun terpaksa tinggalkan isteri tercinta, tapi Akim redha. Lagipun masih banyak yang Stacy perlu pelajari tentang Islam. 

“Saya bukan tidak mahu bawa Stacy bersama tetapi disebabkan dia baru lagi memeluk Islam jadi masih banyak yang perlu dipelajarinya. Saya tidak mahu terlalu membebankan dirinya untuk mempelajari semua perkara secara serentak.

“Kalau boleh biarlah dia belajar satu persatu. Bagi saya itu lebih baik dan selesa buatnya. Pada masa sama, dia juga boleh fokus terhadap apa yang dipelajari. Insya-Allah, kalau bacaan dan sebutan ayat suci al-Quran sudah lancar, kami akan pergi bersama nanti,” katanya.

Selain itu, Akim memaklumkan dia berkemungkinan besar akan menyambut Aidilfitri di Makkah selepas memutuskan untuk memanjangkan tempoh berada di sana. Jadi, Stacy akan beraya di rumah keluarganya di Johor. 

“Sebagai isteri saya tidak boleh menghalang keputusan yang dibuat. Lagipun dia ke sana untuk beribadah, jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Walaupun saya mengharapkan kami dapat beraya bersama, saya tidak ralat.

“Saya masih ada keluarga mentua dan akan beraya dengan mereka di Johor Bahru. Selepas itu, saya masih boleh meraikannya dengan suami,” kata Stacy.

You Might Also Like

1 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts