MySolve:App Mohon Cerai Secara Online

9:43:00 am


PERAKTODAY

IPOH, 19 April (Bernama) -- Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri becerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
"Menerusi aplikasi itu, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'MySolve' di sini hari ini.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Beliau berkata menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.
"Sehingga kini 34 pasangan telah mengguna pakai aplikasi ini dan terdapat kes yang dapat diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos serta masa pasangan yang ingin bercerai ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.
"Selain itu ia juga memberi kebaikan kepada mahkamah dalam memastikan pasangan mendapat tarikh sebutan perbicaraan yang sesuai serta dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan menjadikan penyusunan penjadualan kes di mahkamah menjadi lebih teratur," katanya.
Asa'ari berkata pasangan yang menggunakan aplikasi itu akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50.
-- BERNAMA



Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah. 
Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses & memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.

Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian.
Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah.
Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) "Muat turun Borang Seksyen 47 beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk.
Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan "Muat Turun Borang Seksyen 57 ".
Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan mestilah lampirkan bersama pengesahan pemastautin di Mukim Berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan.
Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak  RM 50.00.
Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik.
Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat.
Sekiranya tidak memperolehi maklumbalas selepas 3 hari dari tempoh permohonan dibuat pemohon perlu menghubungi pihak Mahkamah yang dipohon seperti di Nombor telefon yang dinyatakan.
Pastikan KEHADIRAN kedua-dua pasangan pada tarikh yang ditetapkan sekiranya gagal pendaftaran akan dilakukan mengikut prosedure biasa.
Pendaftaran sistem Mysolve akan terbatal secara "automatik" sekiranya pihak Plaintif dan Defenden GAGAL hadir pada tarikh yang ditetapkan dan perlu membuat permohonan semula.

You Might Also Like

0 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

Blog Archive