DENGGI : Bongkar Rahsia

10:46:00 am

Ok korang bacalah. Farrah pun baru tahu. Sumpah taksangka. Kenapa benda ni baru muncul eh? atau sebenarnya dah lama tapi kita je baru tahu or farrah je baru tahu?


Adeeba Kamarulzaman of the University Malaya gestures as she speaks during the launching of TemanTeman, a one-stop resource centre for HIV/AIDS at a mall in Kuala Lumpur on November 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.
Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.
“Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma,” katanya.
Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.“Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya,” katanya.Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit.
 
SUMBER –mStar online






KUALA LUMPUR - Amalan minum jus betik, hirup sup ketam dan minum minuman isotinik hanyalah mitos semata-mata, malah tidak dapat mengubati penyakit demam denggi. 

Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung, Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan tersebut. 

"Salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga ia dianggap berkesan dalam merawat penyakit demam denggi. 

"Dari sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk demam denggi. Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama. Ia boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar," katanya.

Ahli Farmasi dan Homeopati, Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi, sebaliknya ia boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang. Sekali gus membawa kepada maut jika diamalkan.

"Daun betik tidak mempunyai khasiat dan berbahaya kerana kandungannya mempunyai cyanide yang berperanan seperti racun menyebabkan sistem imunisasi individu terganggu," katanya. 

Dr Hafizah menasihatkan, pesakit demam denggi sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari. Ini kerana pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah menyebabkan badan kekurangan air.

"Cukup sekadar air kosong untuk dijadikan sebagai alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah. Bukannya air isotonik kerana kandungan paras gulanya amat tinggi

"Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti akan memberikan kesan terhadap paras gula dalam badan mereka," katanya. 

SUMBER -hmetro/hypemedia


You Might Also Like

0 ngomen

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts