السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Dari hari semalam ramai yang emosi update kat media sosial terutamanya facebook menyatakan ketidakpuasaan hati mereka disebabkan BRIM taklulus. Ada yang kecam sebab daftar SSM pun taklulus. aduhai macam-macam.
Haa mane yang takpuas hati permohonan BRIM anda tidak lulus tu dan anda rasa anda layak boleh laa pergi buat rayuan ke pejabat LHDN cawangan pun takpee dari 03 April 2017-31 Mei 2017.
NOTIS MAKLUMAN TERKINI ADA DI LAMAN WEB BRIM
Berkenaan isu SSM tu kenapa pemohon perlu kemukakan dokumen perniagaan sebab tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah. Ada peniaga yang kaya pun dapat BRIM hanya kerana tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat mengesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM . Pemilik SMM yang berniaga kecil kecilan boleh buat rayuan dengan kemukan dokumen berkaitan.
Masalah lain taklulus BRIM yang perlu mengemukakan sijil pengesahan perkahwinan sebab ada kes pasangan bercerai tetapi salah seorang masih mendapat BRIM kerana orang tu tidak update status janda/duda.
Mahasiswa yang takdapat BRIM pun boleh kemukan rayuan dengan mengemukakan surat berhenti belajar sebab nama anda masih dilabel mahasiswa yang dapat baucer buku RM200.
Dan kes seterusnya macam farrah taklulus sebab nama ade dalam tangungan suami (farrah memang takupdate BRIM 2017). kalau anda dah berkeluarga buatlah satu sahaja permohonan, kalau nama anda dalam tangungan ayah anda tapi anda sudah bekerja , buang nama anda sebagai tangungan dia.
Kalau anda rasa masih tidak adil juga kenapa orang ni dapat sedangkan dia camtu camni anggap la tiada rezeki untuk terima BRIM. Moga anda semua dilapangkan hati & dimurahkan rezeki, Amin 




