Lagu : SEGALANYA
Artis : HAQIEM RUSLI
Lirik : GOUFFRAN
Komposer : GOUFFRAN / IBNU / DANNY
Label : FMC MUSIC SDN BHD
Hampir pernah ku cuba sesali
Kerna telah memberikan segalanya
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
Atau sekadar sandaranmu
Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga
Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Dari mu
Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga
Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Dari mu
Segala rasa yang telah kau berikan
Masih tak mampu mengubati
Perasaan yang telah kau nodai
Padaku
Hampir pernah ku cuba sesali

SITUASI :
Sedang A melihat cerita Suri Hati Mr Pilot Episod Akhir dia berkata dalam hati 'Cantiknya Neelofa pakai gaya tudung ni.'
Jadi A pun beli shawl baru dan mengayakan seperti yang dia mahu ketika keluar dating.
Bila berjumpa Pakwe A kata : Dah macam indon awak pakai tudung style camni. Pergilah tukar.
Haa siapa pernah berada dalam situasi di atas? Angkat tangan ! Sayaaaaa. Farrah pernah okay farrah pernah. Kemungkinan fesyen hijab tersebut tidak sesuai untuk bentuk muka korang. Tapi korang jangan risau,
Hari ini kita sama-sama akan mengetahui ciri-ciri bentuk muka yang ada serta HIJAB STYLE yang lebih sesuai untuk digayakan.
Korang bersedia? Mari !
BUJUR ( OVAL )
Bercirikan tulang rahang tinggi, kedudukan kening dan dagu yang seimbang menjadi bonus buat korang yang mempunyai bentuk muka ini. Korang sangat bertuah sekiranya memiliki bentuk wajah yang universal ini sebab walau apa pun gaya hijab yang korang pakai, semestinya nampak sesuai! Hijab jenis bidang petak bercetak material satin pilihan terbaik untuk anda untuk tampil mewah dalam gaya. Jadi, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan hijab fesyen terkini!
Bagaimana untuk mengetahui jika muka anda berbentuk bujur? Senang sahaja ! Di hadapan cermin tanpa memakai hijab dan dengan wajah ekspresi neutral, lihat jika muka anda seimbang dalam ukuran lebar dan panjang serta tidak mempunyai lekuk tajam. Rujuk kepada celebriti seperti Anne Hathaway, Olivia Munn dan Megan Fox.
BULAT (ROUND)
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini memiliki ciri muka yang tembam di bahagian pipi dan rahang yang tersorok. Di bahagian dagu pula lebih kelihatan sekata dan dahi yang luas. Pilihan hijab jenis pashmina lebih sesuai buat anda yang mempunyai bentuk muka ini. Lapiskan bahagian kepada dua untuk penggayaan di bahagian wajah. Pastikan anda menggunakan teknik ‘loose’ untuk mengelakkan ilusi bulat dan menampakkan hijab daripada melekap. Caranya, bentukkan sedikit selendang di bahagian atas selendang untuk memberikan ilusi wajah yang bujur.
Okay, dengan wajah yang relax tanpa berhijab (sila ikat rambut dulu untuk bentuk wajah lebih tepat) perhatikan jika anda mempunyai ukuran yang sama untuk lebar dan panjang serta mempunyai sudut muka bulat. Rujuk celebriti seperti Jessica Alba, Jennifer Lawrence dan Ginnifer Goodwin.
Bentuk muka ini mempunyai bukaan rahang yang lebar separa dengan tulang pipi dan dagu. Untuk bentuk muka jenis ini, fokus utama anda adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang terlalu menonjol itu.
Elakkan sama sekali penggayaan jenis turban untuk mengelakkan anda menjadi mangsa fesyen. Sebaiknya, pilih selendang material cotton atau pashmina dan lilitkan sempurna di wajah tanpa menampakkan anak tudung di bahagian dahi.
Jika anda bijak bereksperimentasi, hijab jenis potongan bawal turut memberikan imej yang sempurna jika cara pemakaiannya pada caranya. Rujuk celebriti seperti Demi Moore, Angelina Jolie dan Olivia Wilde.
Anda yang mempunyai bentuk muka jenis ini cenderung memiliki bentuk dagu yang lebih runcing dan tajam manakala di bahagian rahang pula lebih tersorok. Puncak di atas muka yang berbentuk “M” atau dikenali sebagai widows peak dan dagu yang tajam (Heart).
Gaya hijab jenis loose dengan penggayaan tanpa pin sesuai buat anda untuk menyerlahkan lagi bukaan rahang anda yang menjadi ‘aset’ anda yang mempunyai bentuk wajah seperti ini. Sebaiknya, pilih hijab dengan material cotton atau jenis pashmina untuk penggayaan terbaik.
Wajah berbentuk belian atau Diamond selalunya mempunyai tulang pipi yang tinggi, rujuk celebriti seperti Ashley Greene, Coco Rocha dan Anna Kendrick.
Here some tips from me : Just be confident what you wear, if it feel good for you then make it good for others. Of course cari yang bagus, labuh, takjarang dan berkualiti.






