FESYEN HIJAB MENGIKUT BENTUK MUKA

2:37:00 pm


Assalamualaikum, Hi korang! 



SITUASI :



Sedang A melihat cerita Suri Hati Mr Pilot Episod Akhir dia berkata dalam hati 'Cantiknya Neelofa pakai gaya tudung ni.'
Jadi A pun beli shawl baru dan mengayakan seperti yang dia mahu ketika keluar dating.
Bila berjumpa Pakwe A kata : Dah macam indon awak pakai tudung style camni. Pergilah tukar.

Haa siapa pernah berada dalam situasi di atas? Angkat tangan ! Sayaaaaa. Farrah pernah okay farrah pernah. Kemungkinan fesyen hijab tersebut tidak sesuai untuk bentuk muka korang. Tapi korang jangan risau,

Hari ini kita sama-sama akan mengetahui ciri-ciri bentuk muka yang ada serta HIJAB STYLE yang lebih sesuai untuk digayakan.


Korang bersedia? Mari !


BUJUR ( OVAL )


Bercirikan tulang rahang tinggi, kedudukan kening dan dagu yang seimbang menjadi bonus buat korang yang mempunyai bentuk muka ini. Korang sangat bertuah sekiranya memiliki bentuk wajah yang universal ini sebab walau apa pun gaya hijab yang korang pakai, semestinya nampak sesuai! Hijab jenis bidang petak bercetak material satin pilihan terbaik untuk anda untuk tampil mewah dalam gaya. Jadi, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan hijab fesyen terkini! 

Bagaimana untuk mengetahui jika muka anda berbentuk bujur? Senang sahaja ! Di hadapan cermin tanpa memakai hijab dan dengan wajah ekspresi neutral, lihat jika muka anda seimbang dalam ukuran lebar dan panjang serta tidak mempunyai lekuk tajam. Rujuk kepada celebriti seperti Anne Hathaway, Olivia Munn dan Megan Fox.




BULAT (ROUND)

Wanita yang mempunyai bentuk muka ini memiliki ciri muka yang tembam di bahagian pipi dan rahang yang tersorok. Di bahagian dagu pula lebih kelihatan sekata dan dahi yang luas. Pilihan hijab jenis pashmina lebih sesuai buat anda yang mempunyai bentuk muka ini. Lapiskan bahagian kepada dua untuk penggayaan di bahagian wajah. Pastikan anda menggunakan teknik ‘loose’ untuk mengelakkan ilusi bulat dan menampakkan hijab daripada melekap. Caranya, bentukkan sedikit selendang di bahagian atas selendang untuk memberikan ilusi wajah yang bujur.

Okay, dengan wajah yang relax tanpa berhijab (sila ikat rambut dulu untuk bentuk wajah lebih tepat) perhatikan jika anda mempunyai ukuran yang sama untuk lebar dan panjang serta mempunyai sudut muka bulat. Rujuk celebriti seperti Jessica Alba, Jennifer Lawrence dan Ginnifer Goodwin.


PETAK (SQUARE)

Bentuk muka ini mempunyai bukaan rahang yang lebar separa dengan tulang pipi dan dagu. Untuk bentuk muka jenis ini, fokus utama anda adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang terlalu menonjol itu.

Elakkan sama sekali penggayaan jenis turban untuk mengelakkan anda menjadi mangsa fesyen. Sebaiknya, pilih selendang material cotton atau pashmina dan lilitkan sempurna di wajah tanpa menampakkan anak tudung di bahagian dahi.

Jika anda bijak bereksperimentasi, hijab jenis potongan bawal turut memberikan imej yang sempurna jika cara pemakaiannya pada caranya. Rujuk celebriti seperti Demi Moore, Angelina Jolie dan Olivia Wilde.






BERLIAN (DIAMOND) / HATI (HEART)

Anda yang mempunyai bentuk muka jenis ini cenderung memiliki bentuk dagu yang lebih runcing dan tajam manakala di bahagian rahang pula lebih tersorok. Puncak di atas muka yang berbentuk “M” atau dikenali sebagai widows peak dan dagu yang tajam (Heart).

Gaya hijab jenis loose dengan penggayaan tanpa pin sesuai buat anda untuk menyerlahkan lagi bukaan rahang anda yang menjadi ‘aset’ anda yang mempunyai bentuk wajah seperti ini. Sebaiknya, pilih hijab dengan material cotton atau jenis pashmina untuk penggayaan terbaik.
Wajah berbentuk belian atau Diamond selalunya mempunyai tulang pipi yang tinggi, rujuk celebriti seperti Ashley Greene, Coco Rocha dan Anna Kendrick.


 
Here some tips from me : Just be confident what you wear, if it feel good for you then make it good for others. Of course cari yang bagus, labuh, takjarang dan berkualiti.




You Might Also Like

4 ngomen

  1. Bagi Cikla, nak berfesyen bila kena gayannya kan. Mungkin fesyen tu sesuai dgn org lain tp bila kita pakai nmpk pelik... Hihi..

    Btw, good tips.. thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau kita confident walau taklawa tetap jadi lawaaaaa :)

      Delete
  2. unni xdpt teka mn satu bentuk muka Unni.. Unni je hantam jak janji selesa..hahahhahaa
    btw thks :) nice tips

    ReplyDelete
  3. Akak main bedal bawal aje.. Arap2 sesuai le ngan muka akak ni bila org tgk... hehehe

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY