Alhamdulillah Tiada kes ZIKA di Pahang

10:27:00 am







Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes Zika dikesan di Pahang seperti yang tersebar di laman sosial, sehingga Isnin (5 Sept), hanya terdapat dua kes Zika disahkan di Malaysia iaitu kes pertama di Selangor dan kedua di Sabah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini berkata sebagai langkah pencegahan awal, Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk memantau mereka yang demam serta telah melawat negara-negara yang dilanda Zika.

"Setakat ini seramai 22 orang dipantau di seluruh negara kerana mengalami demam dan pernah melawat negara berkenaan. Kesemua mereka ini telah dibuat ujian Zika, dan mereka disahkan bebas daripada jangkitan Zika. Seorang daripada mereka adalah penuntut IPTA dari daerah Kuantan, Pahang yang tersebar di laman sosial," katanya.

Berikutan aktiviti pemantauan itu, Dr Noor Hisham berkata langkah kawalan nyamuk telah diambil sebagai usaha tambahan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Aktiviti kawalan yang paling penting dalam mencegah Zika ialah penghapusan punca pembiakan nyamuk aedes, dan ini adalah tanggungjawab bersama. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui pintu masuk antarabangsa. " katanya.

Kementerian Kesihatan juga mengharapkan kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah, katanya. - Bernama

Alhamdulillah warga pahang dah boleh tarik nafas lega sekejap berita yang diviral kan tu takbenar. Fuhh ! Jadi sama-sama lah kita jaga kawasan rumah taw, kemas rumah, jangan ada tempat yang air bertakung ! Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes , baru sejahtera hidup , PEACE 

You Might Also Like

1 ngomen

  1. Alhamdulillahh. Kena bersih sbb klau tk de zika, denggi pulak.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Popular Posts

BLOGGER'S FAMILY